Saturday 1 August 2015

Jamuan Hari Raya peringkat MMKM 2015

Pada 26 Julai telah diadakan sambutan/ jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat MMKM.

 Kelihatan cahay kegembiraan terpancar pada wajah para guru dan murid. Terdapat pelbagai juadah yang telah disediakan. Para murid dan guru hanya membawa sebekas kuih/biskut raya untuk dikongsi bersama. Antara juadah yang disediakan ialah  nasi goreng, mee/kueh tiau goreng, lai ci kang, sate, ketupat dan rendang, air oren, dan akhir sekali ais krim.

Selain itu, turut diadakan ucapan guru/murid ala-ala ucapan diradio, dan persembahan murid.

Lihat lah wajah gembira mereka ini.

Friday 24 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum. Diharap masih belum terlambat untuk warga UBK MMKM mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday 21 July 2015

Majlis Meniti Syawal

Tanggal 14 Julai 2015 telah diadakan Majlis Meniti Shawal di MMKM. Majlis ini telah diisi dengan beberapa aktiviti. Antaranya ialah ;

  1. Ucapan Tuan Pengetua
  2. Ucapan Wakil Pelajar (Ketua Pelajar MMKM)
  3. Forum Perdana "Ramadan ditangisi Syawal Dinanti"
  4. Tayangan video Ucapan Hari Raya
  5. Persembahan nasyid
  6. Penyampaian saguhati kepada pentazkirah (pelajar)
  7. Penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang khatam 30 juzuk Al-quran
  8. Penyampaian duti raya kepada pelajar-pelajar
  9. Sesi besalaman antara guru dan pelajar
Seterusnya, biarlah gambar berbicara:

Tuesday 30 June 2015

Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Agama Maktab Mahmud (SMAMM)

Mulai 1 Julai hingga 9 Julai murid-murid Tingkatan 4 akan menduduki Peperiksaan Percubaan Sijil Menengah Agama Maktab Mahmud.

KELAS FAJAR

Sepanjang bulan Ramadan ini telah diadakan Kelas Fajar bagi kelas peperiksaan iaitu tingkatan 3, 4, dan 5. Dengan adanya kelas ini diharap murid-murid belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Semoga anak-anak pelajar beroleh kebaikan seiring dengan bulan yang berkat ini. Insya Allah.

Saturday 27 June 2015

MAJLIS TEMU MESRA WARIS DAN DIALOG PRESTASI

Tarikh: 25 JUN 2015 / 8 RAMADAN 1346 H
Tempat : DEWAN MMKM & KELAS

TENTATIF: 1. MOTIVASI IBU BAPA/PELAJAR (TINGKATAN 3,4&5)
                      2. DIALOG PRESTASI
                      3. PENYERAHAN KEPUTUSAN PPT 2015

  • GAMBAR SEKITAR SLOT MOTIVASI IBU BAPA/PELAJAR

  • Penyerahan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun

Saturday 30 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT MMKM 2015

Biar gambar berbicara ^_^

Dengan tema 'Back To School', mu'allim dan mu'allimah MMKM yang sporting sudi beruniform sekolah. Sekali imbas tak ubah seperti pelajar mereka sendiri.

Nampaknya seri dan cahaya muda belia masih terpancar di wajah mereka. Semoga guru-guru MMKM sentias dirahmati dan diberkati ILAHI. Insya Allah

Ikrar dan Nyanyian Lagu Kami Guru Malaysia

Kad-kad hasil kreativiti pelajar MMKM

Lawan jangan tak lawan

Banner hasil tangan para pelajar.

Cenderamata Penghargaan Buat Guru Tersayang

Wednesday 1 April 2015

PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG & SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) 2015

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya selamat sudah Pelancaran Program Sekolah Penyayang (anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling) dan Program sahsiah Unggul Murid.

Tuan Pengetua, Ustaz Mohamad Fouzi Bin Ismail telah merasmi melancarkan kedua-dua program ini. Dalam majlis ini GBKSM Cik Farah Hana telah memberi penerangan mengenai objektif kedua-dua program ini.

Setelah acara perasmian dan pelancaran, Tuan Pengetua dengan berbesar hati menyerahkan Kad Hari Lahir dan kek kepada para guru dan pelajar yang lahir pada bulan Mac.

Friday 27 March 2015

Program Halatuju SPM dan SMAMM 2015

Pada 26 Februari 2015, UBK MMKM telah mengadakan Program Halatuju SPM dan SMAMM kepada para pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para pelajar untuk mengetahui langkah yang perlu di ambil sebelum dan selelpas SPM dan SMAMM. 

Dalam program ini, GBKSM telah memberi penerangan mengenai kursus-kursus dan syarat-syarat kelayakan yang di perlukan dalam pemilihan kemasukan ke IPT selepas SPM. 

Selain itu, pada hari tersebut turut di adakan acara "Target Ku'. Di mana dalam acara ini para pelajar di kehendaki menulis target yang akan mereka capai dalam SPM dan SMAMM.

Tambahan pula, mereka telah menjawab Inventori Minat Kerjaya. Melalui inventori ini mereka telah dapat mengenal pasti minat sedia ada dan kerjaya yang sesuai pada masa hadapan. Justeru, para pelajar dapat menilai serta melakukan penambahbaikan dalam usaha mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM dan SMAMM pada tahun ini.

Sesungguhnya program ini telah memberi kesedaran kepada para pelajar untuk lebih berdaya saing dan maju ke hadapan.

Sekapur Sireh

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya maka terbinalah Blog UBK Maktab Mahmud Kuala Muda (MMKM). Sesunggunya ini merupakan blog pertama bagi UBK MMKM. Tahun 2015 merupakan saksinya.

Blog ini bertujuan memberi maklumat kepada anak-anak pelajar MMKM khususnya dan amnya kepada pelayar-pelayar blog ini.

Semoga dengan kehadiran blog ini dapat memberi maklumat kepada para pelajar MMKM. Insya Allah.